Di angkasa lepas, di dalam bilik kawalan kapal induk angkasa Empayar Senjakala, sekumpulan orang telah menunggu dengan sabar selama beberapa jam. Tetapi semakin masa berlalu dan tidak ada sebarang berita dari bawah, mereka mula tidak senang duduk lalu membincangkan tindakan seterusnya.
"Komander, armada tentera bantuan pihak lawan ada di sini, manakala armada tentera bantuan kita pula berada di sini," lapor ketua staf sambil menunjukkan kedua-dua lokas pada peta bintang di skrin besar.
"Dalam masa tiga jam, kapal angkasa musuh akan muncul di kawasan angkasa lepas planet ini," sambung ketua staf, merujuk kepada maklumat sebelum itu.
"Sebelum armada ini sampai ke sini, mereka perlu diserang oleh armada tentera bantuan kita. Kita masih ada masa." Komander itu tidak mahu berputus asa sekarang. Planet di bawah kini sudah berada di tahap pertempuran bersenjata, jadi tiada siapa tahu pihak mana yang akan menang atau kalah.