Kematian Mejar Jeneral Ling Xiao yang disebabkan oleh salah satu daripada rancangan jahat Empayar Senjakala merupakan dendam kesumat semua pengendali mecha Persekutuan. Mereka juga pernah terfikir untuk terus menyerang Empayar Senjakala di dalam medan perang untuk membalas dendam, tetapi sebagai anggota tentera, mereka terpaksa mengikut aturan pihak ketenteraan. Mereka telah diarahkan untuk membangunkan planet misteri ini, tetapi kemarahan di dalam hati mereka tidak pernah pudar. Kini, apabila mereka melihat pembunuh-pembunuh yang dibenci muncul tiba-tiba di hadapan mereka, hampir semua pengendali mecha mahu mengamuk.
Semua yang berada di medan perang tahu ini akan menjadi satu pertempuran berdarah, bertarung sehingga salah satu pihak mati!