Situasi sekarang ini menyebabkan pegawai tersebut tersenyum sinis. Dia merasakan pengakap-pengakap pada tahun ini memang aneh. Sebelum ini, pengakap-pengakap yang hadir kebanyakannya sudah mempunyai kumpulan masing-masing dan kesemua kumpulan itu memiliki 6 orang ahli. Namun pada penggal kali ini, bukan sahaja jumlah kumpulan yang ada itu sedikit, yang sudah ada pun tidak penuh lagi. Dia berasa sedikit sakit hati melihat kumpulan-kumpulan yang lompong seperti ini.
"Kenapa ahli-ahli kumpulan kamu sedikit sangat?" Pegawai itu bertanya dengan nada yang tidak puas hati kepada semua ketua kumpulan.
"Kumpulan saya sebenarnya sudah penuh, tetapi ada dua orang ahli yang bukan dari Kelas-A." Li Yingjie adalah yang pertama menjawab.
"Masih lagi memilih. Belum ada keputusan akhir lagi." Inilah apa yang boleh dikatakan oleh Wu Jiong.