Namun akhirnya, Qi Long tetap kalah pada L13, ketua pasukan Sisik Emas. Tetapi, Qi Long tidaklah terlalu kecewa. Sejak perlawanan bermula lagi, dia sudah tahu tidak kira betapa berbakatnya dia atau sekukuh mana seni asas tempurnya, dia tidak boleh menyaingi tentera veteran yang sudah berpengalaman di medan perang, dari segi pengalaman bertempur.
Kedua-dua pihak lawan mempunyai sikap jujur dan bersemangat. Jadi selepas pertempuran mereka, ketua pasukan Sisik Emas memandang baik kepada Qi Long. Oleh itu dia menjemput Qi Long untuk berlawan dengannya pada bila-bila masa sepanjang pengembaraan mereka, asalkan dia mempunyai masa terluang.
Boleh dikatakan hubungan sesama manusia ini sememangnya banyak bergantung pada pertemuan secara kebetulan. Tidak diragui lagi, Qi Long dan L13 sudah ditakdirkan untuk bertemu. Kejutan yang baik seperti ini menyenangkan hati Ling Lan.