L19 dengan cepat meninggalkan bilik tempur. Nampaknya dia akan terus mengasingkan dirinya seperti yang diarahkan. Ling Lan melihat tiada siapa yang menemaninya, disiplin anak kapal ini kelihatan sangat ketat dan jelas. Ini bukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh kapal angkasa berkontrak yang biasa.
Ling Lan sudah faham sekarang. Dia tahu kini kapal angkasa jenis apakah yang mereka naiki.
Rancangan awal mereka adalah supaya Luo Lang menjadi pejuang kedua. Tetapi selepas membuat pengiraan, Ling Lan memutuskan untuk menukar kedudukan dan membiarkan Wu Jiong berlawan dahulu. Sudah tentulah Ling Lan juga memberitahu Wu Jiong siapa yang kedua paling lemah di dalam barisan pihak lawan.