Persetujuan daripada Ling Lan menyebabkan senyuman di wajah Han Jijyun semakin melebar dan pandangan matanya bersinar-sinar. Mungkin Han Jijyun telah menemui "permainannya" dan sekarang semangatnya tengah membara.
Sewaktu Han Jijyun tidak memberikan perhatian, Qi Long menolak sedikit Luo Lang dengan bahunya dan dia bertanya perlahan, "Jurulatih permulaan kamu ada mengatur apa-apa misi?"
Luo Lang terkejut, dia tidak menjangkakan betapa tajamnya naluri Qi Long ini. Ini kerana Qi Long sentiasa kelihatan gopoh dan suka berterus-terang jadi dia dianggap seorang yang sangat cuai. Walaupun begitu, Luo Lang kembali tenang dan dia mengangguk perlahan sambil menurunkan sedikit dagunya, mengisyaratkan pada Qi Long yang tekaannya itu betul.