"Bedebah, saya tahu perkara ini akan berlaku!" Ling Lan menyumpah dengan kuat. Dia hampir dapat melihat ad asap keluar daripada mulutnya, urgh... dia hampir masak sepenuhnya kerana renjatan elektrik.
Malangnya, sebelum dia dapat melupakan kesakitan dan rasa kebas disebabkan renjatan elektrik itu, pemandangan di hadapannya bertukar tiba-tiba. Dia dan mechanya dibawa kembali ke permulaan balapan berhalang. Selepas itu, ruang pembelajaran itu tidak memberi Ling Lan sebarang masa untuk berehat, sekali lagi kiraan 3 minit dimulakan.
Melihat keadaan ini, Ling Lan akhirnya tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menyumpah dalam diam. CIS!