Mungkin ruang belajar ini sudah mengubah Ling Lan untuk lebih memiliki perwatakan seperti budak lelaki kerana minatnya terhadap mecha belum pernah lagi setinggi ini. Dia bukan sahaja memerhatikan kawalan kesemua mecha asas ini, tetapi dia juga melihat model asas mecha dengan tamak. Dia mendapati dirinya amat berminat terhadap kesemua mecha yang dia lihat, terlalu minat sehinggakan dia mahu memiliki kesemuanya.
Melihatkan ketamakan Ling Lan yang terserlah itu, askar itu terus memberitahunya kesemua ahli baru dibenarkan untuk memilih satu sahaja mecha pada peringkat awal. Sekiranya dia mahu memiliki yang lain, dia perlu bergantung pada usahanya sendiri untuk meraih lebih banyak mata untuk menebus mecha yang baru.
Kata-kata itu membuatkan Ling Lan menjadi tenang serta-merta. Dia mula memikirkan jenis mecha yang manakah yang patut dipilih sebagai mecha pertamanya. Ling Lan berasa sedikit tidak senang. Dia takut akan membuat pilihan yang salah.