Setelah dia mengucapkan terima kasih, Ling Lan tidak lagi memberikan perhatian kepada lelaki itu atau kepada sebarang balasan daripadanya. Dia hanya fokus pada perlawanan mecha yang akan bermula sebentar sahaja lagi. Ini menyebabkan lelaki yang berada di tepinya itu terdiam sambil memandang pada Ling Lan, 'Wah... macam tu saja. Bukankah dia sepatutnya lebih ikhlas mengucapkan terima kasih kepada orang lain?'
Ling Lan tidak menyedari rungutan dalaman lelaki yang berada di sebelahnya itu. Setelah dia memilih sudut pandangan Tuhan, imej di hadapan matanya berubah sama sekali, menunjukkan dua imej yang berbeza. Imej pertama menumpukan pada mecha berwarna merah dan imej yang satu lagi menunjukkan mecha berwarna perak itu sudahpun bersembunyi di dalam bukit pasir. Warna mecha itu beransur-ansur bertukar kepada warna yang sama dengan bukit pasir itu.