Ling Lan tidak terkejut dengan adegan ajaib ini. Hal ini kerana dia menyedari sesuatu. Walaupun Ling Lan tidak nampak apa yang berlaku dalam genggaman Ling Xiao tadi, dia boleh merasakan yang Ling Xiao tidak menggenggam dengan terlalu kuat. Dia hanya memegang manik itu supaya ia tidak terjatuh daripada telapak tangannya. Tetapi, oleh kerana kelajuan yang melampau tadi, genggamannya telah menghancurkan manik-manik kristal itu. Maka, dapat dilihat dengan jelas, betapa hebatnya kuasa itu.
"Nampaknya, kamu sudah faham." Ling Xiao sangat gembira dengan tindak balas Ling Lan. Dia ingatkan dia perlu menjelaskan dengan terperinci, tetapi tanpa disangkakan, Ling Lan telah memahami makna tersiratnya.
"Ya, apabila sesuatu mencapai had tertentu, tenaga yang hebat akan tercipta," Ling Lan berkata dengan berhati-hati sambil meringkaskan pemikirannya.