Kertas putih itu yang sudahpun penuh dengan tulisan, mengandungi ikrar perkahwinan milik Ling Xiao yang ditulis untuk Lan Luofeng! Setiap ikrar yang tertulis itu membuktikan Ling Xiao seorang suami yang patuh kepada isterinya.
Cip itu adalah cip kawalan kekayaan Ling Xiao. Dengan cip ini sahaja, Lan Luofeng boleh mengeluarkan kesemua harta benda duniawi milik Ling Xiao ke peranti komunikasi seseorang tanpa memerlukan pengesahan Ling Xiao.
Sementara itu, rantai kunci itu pula dimodelkan berdasarkan mecha Ling Xiao. Sekiranya rantai kunci ini mempunyai simbol atau maksud yang mendalam, Lang Luofeng tidak pernah memberitahu Ling Lan. Dia hanya beritahu Ling Lan yang di antara ketiga-tiga barang ini, barang yang paling berharga ialah rantai kunci ini. Tetapi sekarang ini ia telah menjadi sebuah cenderahati sahaja.