Selepas kembali ke Bandar Kolej Jiangnan, Song Shuhang tidak pergi mencari Zhao Yaya dengan segera, tetapi sebaliknya pergi ke apartmen lima tingkat yang dibeli oleh Mahaguru Ubat.
Dia masih memegang beg hitam kepunyaan Mahaguru Altar. Kemungkinan besarnya empat herba ubatan jarang dijumpai yang dibelinya terkandung di dalamnya, oleh itu jika Zhao Yaya mendapat tahu bahan-bahan ini berada di dalam beg ini… meskipun Song Shuhang terjun ke dalam Sungai Kuning,,, tidak, sepatutnya, meskipun dia terjun ke dalam Lautan Pasifik, dia pun tidak boleh membersihkan namanya.
Tidak perlu dikatakan pada masa itu, Zhao Yaya mesti akan menelefon Mak Song, dan ibu Shuhang mesti menaiki kapal terbang dan sampai di Bandar Kolej Jiangnan pada keesokan harinya.
Lagipun, siapalah yang tahu benda apa lagi yang terkandung dalam beg hitam Mahaguru Altar yang boleh mengakibatkan perselisihan faham?