"Hehe, saya perlukan muka untuk apa? Maruah… benda yang begitu, mereka tak boleh dimakan. Dan juga…" Song Shuhang menunjuk ke arah mulutnya dan pada sudut yang tidak boleh dilihat oleh biarawan Barat, dia menyebutkan sesuatu kepada Mahaguru Altar tanpa mengeluarkan bunyi, "Saya bukan seorang senior. Saya hanya pelajar kolej biasa. Maklumat yang diperolehi oleh orang bawahan awak itu betul."
Song Shuhang memang berasa berbohong itu perbuatan salah.
Tetapi, apabila orang hidup di dunia ini, susah untuk mengelakkan diri daripada berbohong. Bohong tertentu tidak mungkin dapat dielakkan, seperti bohong sunat.
Namun, Song Shuhang berasa meskipun bohong sunat, apabila sampai masa ia boleh didedahkan, lebih baik untuk menjelaskannya kepada orang lain. Seseorang itu harus mempunyai integriti dan melayan orang dengan terus terang. Inilah kepercayaan asas di antara manusia!
"Pu!" bahagian atas badan Mahaguru Altar menggeletar, dan dia sangat marah sehingga meludah darah.
"Aku menyumpah kau… aku menyumpah kau! Aku akan bertukar menjadi hantu abadi, dan mencari kau untuk mengambil nyawa kau sebagai balasan… selama-lamanya!" sebelum mati, Mahaguru Altar meraung dengan kuat!
Selepas meraung, pernafasannya berhenti.
Mahaguru Altar sudah mati.
'Dia sepatutnya betul-betul mati kali ini.' Song Shuhang berdiri tegak dan menunggu seketika. Setelah dia berasa tiada lagi bahaya, dia memegang azimat perisai dan pergi ke tepi Mahaguru Altar.
Kali ini, Mahaguru Altar telah mati dengan sepenuhnya, tanpa kemungkinan untuk hidup semula.
Tetapi untuk keselamatan, Song Shuhang meninggikan pedang terbang besi hitam dan memotong kepala Mahaguru Altar dengan satu tetakan.
Limpahan Kabus Ungu pernah memberi amaran kepadanya yang pertapa mempunyai banyak cara untuk terus hidup. Oleh itu, untuk memastikan kematian pihak lain, menghapuskan mayat merupakan pilihan yang terbaik. Sebab dia seorang pertapa Tahap Dua, memotong kepalanya sepatutnya mencukupi.
Pedang tersebut tidak dikotori, setitis darah pun tidak tertinggal padanya.
Song Shuhang mengeluh dalam hati. Dalam jangka masa dua hari, dia sudah pun memotong kepala dua orang. Kali ini, dia tidak menggunakan
Dia tidak boleh terus bergantung kepada
Orang lemah dengan keazaman yang lemah itu tidak akan bertahan lama dalam perjalanan pertapaan.
Mahaguru Altar merupakan pertapa kedua yang mati di tangan Shuhang. Ia sama dengan lelaki berlengan panjang—walaupun dia sudah mati, kewujudannya masih akan terukir dalam minda Song Shuhang untuk masa yang lama…
Perkara roh hantu dan Mahaguru Altar telah sampai ke perakhiran buat sementara waktu.
Dalam masa yang terdekat, tidak akan ada orang yang akan ingin merampas roh hantunya.
Dengan kematian Mahaguru Altar, orang bawahannya akan ditinggalkan tanpa ketua. Ini akan cukup untuk mereka menjadi kucar kacir bagi masa yang lama, dan tidak mampu untuk mengacau orang lain dalam masa jangka pendek.
Lagipun, orang yang mengetahui kedatangan Mahaguru Altar ke Bandar Kolej Jiangnan dan roh hantu Song Shuhang hanya Mahaguru Altar, lelaki berlengan panjang dan pembunuh yang menyelinap ke dalam bilik Shuhang. Sekarang, ketiga-tiga orang itu sudah mati. Oleh itu, di kalangan orang bawahan Mahaguru Altar, tiada lagi orang yang mengetahui hubungan di antara dia dengan Song Shuhang.
Meskipun mereka ingin membalas dendam untuk mahaguru mereka, buat sementara waktu mereka tidak ada cara untuk berbuat demikian.
Selepas masa berlalu… orang bawahan ini tidak akan menjadi ancaman kepada Song Shuhang. Pada masa itu, meskipun mereka tidak pergi mencari Song Shuhang, dia masih akan pergi mencari mereka!
Dia kekurangan teman berlawan dan orang yang ada Medalion Kepala Binatang Bercakaran ini akan menjadi pihak lawan yang bagus pada masa yang akan datang untuk suatu jangka masa. Dia bukan sahaja boleh memperolehi pengalaman pertarungan yang sebenar dan menghapuskan musuh, dia mungkin boleh memperolehi hasil rampasan pertarungan. Itu seperti membunuh tiga burung dengan satu batu!
"Kebaikan dan kejahatan akhirnya akan menerima ganjaran yang sepatutnya." Song Shuhang bergumam dengan lembut. Dia mengeluarkan 'Cecair Pengurai Mayat' dan mencurahkannya ke atas mayat Mahaguru Altar.
Bau yang busuk tersebar… dan baju Mahaguru Altar diurai sepenuhnya… tetapi badannya langsung tiada reaksi terhadap cecair itu.
'Benda ini hanya boleh menguraikan badan zahir seorang Pertapa Tahap Satu? Saya ingat saya ada satu khazanah.'
Ia sangat menyusahkan untuk meninggalkan mayat yang dikerat-kerat seperti ini. Meskipun semua kamera pengawasan dihapuskan, mayat ini akan menarik perhatian anggota polis.
Song Shuhang sangat sakit hati.
Ketika itu, biarawan Barat itu tiba-tiba bercakap. "Adakah senior sakit hati dengan mayat orang ni?"
"Awak boleh menguruskannya?" Song Shuhang menoleh ke belakang sambil membawa senyuman lembut dan terus mengekalkan kelakuan seorang pakar.
Biarawan Barat menunjukkan tanda isyarat bagus dengan ibu jari dan menjawab, "Senior, tolong jangan bimbang dan tinggalkan perkara ni kepada saya. Saya boleh menguruskannya!"
"Oleh sebab awak cakap begitu, saya terpaksa menyusahkan awak. Saya akan ingat pertolongan awak." Song Shuhang berkata dengan lega dan gembira.
"Senior, tolong jangan cakap begitu. Nyawa saya diselamatkan oleh awak, perkara kecil sebegini tidak perlu disebutkan!" biarawan Barat itu berkata dengan wajah yang penuh keyakinan. Ia seperti menguruskan mayat dan akibat masalah dalam kereta api merupakan perkara yang kecil.
Sifat berkeyakinannya menyebabkan Song Shuhang berfikir tentang 'Kumpulan Naga China', 'Pasukan Kemampuan Istimewa China', dan 'Perikatan Pertapa China' itu, benda menarik yang selalu muncul dalam novel web.
Mungkin biarawan Barat ini merupakan ahli kumpulan begini? Tubuhnya mungkin ada sebuah buku merah misteri, dan pada masa anggota polis itu tiba, dia hanya perlu mengeluarkan buku merah itu untuk menguruskan semua masalah itu!
Song Shuhang tengah berfikir tentang perkara ini sambil berjalan ke depan dan mengangkat beg hitam Mahaguru Altar.
Nalurinya memberitahu terdapat barang bagus dalam beg kecil Mahaguru Altar.
Selepas mengambil beg tersebut, dia kembali ke sisi keluarga loli itu dan duduk.
'Mengira masa, para penumpang sepatutnya mula sedar dari koma mereka lebih kurang waktu sekarang?'
❄️❄️❄️
Sementara itu, biarawan Barat itu pergi ke sisi Mahaguru Altar dan meletakkan tangannya bersama. "Selepas membersihkan semua benda hidup sehingga tiada dosa tertinggal, saya akan memperolehi pencapaian saya dan hemah di bawah pokok Peepal. Jika neraka tidak kosong disebabkan dosa dunia ini, saya bersumpah tidak akan naik ke tahap Buddha."
Petikan ini diambil daripada '
Tidak lama kemudian, dia duduk bersilang kaki di tepi mayat Mahaguru Altar dan mula mengucapkan
Di gerabak kereta api depan dan tepi mayat Mahaguru Altar, beberapa roh telah dibersihkan oleh biarawan Barat.
Semasa roh itu dibersihkan, sebuah tenaga misteri di tengah-tengah syurga dan bumi berpisah menjadi tiga dan turun ke badan biarawan Barat.
Seterusnya, 'cahaya pencapaian dan hemah' biarawan Barat menjadi lebih kuat; tenaga mentalnya yang kuat telah berkembang dan badan zahirnya juga dikuatkan.
Song Shuhang merenung dengan mata besar—tidak sangka membersihkan roh boleh mendatangkan kesan yang begini? Menguatkan badan zahir, tenaga mental, serta pencapaian dan hemah dengan serentak!
Ini seratus kali lebih cekap berbanding dengan larian biasa atau senaman fizikal.
'Saya patut mencatatkan ini dan meminta nasihat Senior Mahaguru Ubat mengenainya apabila saya balik nanti, tengok jika ada sekta pertapaan yang mempunyai cara untuk membersihkan roh dan menguatkan tenaga mental dan badan zahir.' Song Shuhang berfikir.
Pada masa yang sama, dia sudah faham kenapa pada zaman kuno terdapat sami senior yang membersihkan roh secara percuma tanpa mengambil apa-apa bayaran. Sebaliknya, mereka mengambil inisiatif sendiri untuk mencari roh untuk dibersihkan di mana-mana sahaja. Jika awak tidak membenarkannya membersihkan roh, mereka mungkin akan menjadi risau. Mungkin sami senior itu sama seperti biarawan orang putih ini, yang merupakan ahli sekta Buddha yang betul.
Semasa dia berfikiran, para penumpang dalam gerabak ini mula bangun satu demi satu.
Dalam pandangan mereka, mereka ingat mereka mengalami mimpi buruk yang menakutkan, tetapi dalam bahagian akhir mimpi buruk itu, keadaannya tidak begitu teruk.
"Apa yang telah berlaku?"
"Saya macam ingat yang seorang biarawan senior berlari kembali ke gerabak kereta api, dan lepas itu gerabak menjadi hitam. Saya tak ingat apa-apa lepas tu."
"Di mana biarawan senior itu?"
Semua penumpang sedang berbual dengan meriah dan semua orang bercakap serentak. Dengan cepat, mereka mendapat cari biarawan orang putih itu… dan mayat Mahaguru Altar yang dikerat kepada lima bahagian di tepinya.
Merenung dengan kosong… dan senyap.
Berikutan itu ialah satu jeritan ketakutan.
"Ada mayat, ada orang dah mati!"
"Ahhh!!!" semua penumpang berdekatan pintu gerabak kereta api bergegas ke arahnya dan membuka pintu secara manual. Tidak kisah tentang situasi di luar gerabak, semua penumpang telah berlari keluar dan menangis dalam ketakutan.
Ada orang yang telah muntah pada tempatnya, yang lain pengsan dan terus tidak sedar diri.
Kalau ianya mayat yang biasa, semua orang hanya akan dipengaruhi oleh berita untuk suatu jangka masa dan tidak akan terlalu sedih. Tetapi, kali ini berbeza, sebab mayat dikerat kepada lima bahagian, ya? Mayat itu telah dikerat kepada lima bahagian!
Pada masa yang sama… bunyi jeritan boleh kedengaran dari gerabak depan. Terdapat dua mayat orang bawahan Mahaguru Altar yang telah digigit sehingga tidak dapat dikenali oleh Jeneral Hantu Ku You. Sama sepertinya, ia menyebabkan penumpang berlari ketakutan.
Di tepi Shuhang, si ayah berkemeja putih dan ibu muda bersama dengan gadis kecil telah bangun.
Si ayah berkemeja putih tidak bergegas untuk menurun kereta api, tetapi memandang Song Shuhang yang duduk di tepi mereka lalu bertanya dengan lembut. "Adik, boleh kita turun sekarang?"
Dia merasakan adik ini seorang pakar. Pada masa itu, dia telah berkata "Sudah terlambat" dan suruh mereka duduk di sisinya. Sebentar lagi, mereka pengsan…
"Jom kita turun, perkara selepas ini tidak berkaitan dengan kita." Song Shuhang mengangguk dan tersenyum. Dia pun beredar dan membawa beg hitam bersama, dan mengelakkan kamera pengawasan dengan cermat.
Sebelum dia masuk ke kawasan kamera pengawasan sekali lagi, dia perlu menyembunyikan beg hitam ini.
Seseorang tidak patut memandang rendah kuasa teknologi, dia tidak mampu berjanji anggota polis tidak akan mendapat petunjuk disebabkan beg ini!
Si ayah berkemeja putih mendukung anak perempuannya dan beredar bersama. Mereka menyelinap ke dalam khalayak ramai yang sedang panik dan berdiri di platform yang jauh.
Akhirnya, dia memandang beg hitam yang dibawa oleh Song Shuhang dengan cermat.
Dia teringat apabila Shuhang datang bersama mereka, dia tidak mempunyai beg dalam tangannya… sememangnya, dia merupakan orang yang bijak dan langsung tidak akan memberitahu perkara beg hitam kepada sesiapa pun.
❄️❄️❄️
Keadaan stesen kereta api yang berselerak.
Ahli staf mula menenangkan penumpang yang dipengaruhi emosi dengan sebaik mungkin, untuk mengelakkan kemalangan yang lebih besar akibat keadaan panik mereka.
Tidak lama kemudian, anggota polis pun datang. Seterusnya, wartawan juga mula tiba di tempat kejadian.
Skrin televisyen di stesen kereta api mula menyiarkan berita penting, iaitu kemalangan kereta api.
Berdasarkan siaran langsung pada skrin, anggota polis telah menangkap seorang biarawan Barat.
"Ya, semuanya dilakukan oleh saya. Saya mengaku saya telah membunuh ketiga-tiga orang tersebut. Ya, saya tak ada rakan subahat. Jangan risau, ia hanya saya dan saya tak akan menentang. Awak boleh datang dan menahan saya! Tetapi… kemalangan kereta api ini tak berkaitan dengan saya, inilah kebenarannya!" biarawan Barat itu bercakap dengan bahasa Mandarin dengan tepat dan fasih sementara ditahan dengan gari tangan dan kelihatan berkeyakinan!
Ya, dia ditahan.
Tiada buku merah, tiada Kumpulan Naga China, tiada penyokong istimewa.
Tidak sangka dia masih ada ekspresi keyakinan, sebenarnya, menguruskan perkara ini rupanya bermaksud menjadi kambing hitam dan menanggung kesemuanya!
Akhiranya, dalam siaran langsung, sebelum dibawa masuk ke kereta polis, dia boleh menunjukkan tanda isyarat bagus dengan ibu jari kepada kamera dan mendedahkan gigi putihnya.
"Bling!" giginya memantul sinaran cahaya matahari!
'…Senior, tidak kira apa-apa, saya tidak akan mengkhianati awak. Biarlah saya bertanggungjawab untuk kesemuanya!'
Biarawan Barat itu sekarang seperti 'Holy Mother', melepaskan sinaran berkilat yang tidak boleh dipandang terus oleh seseorang!