Song Shuhang memberitahu Mahaguru Ubatan tentang teorinya.
"Dalam erti kata lain, kamu mengesyaki orang yang masuk ke dalam bilik kamu pemilik kepada roh hantu atau pertapa yang tamak selepas melihat roh hantu kamu secara kebetulan?
"Tuan Guru pernah menyebut yang Bulu Lembut anak perempuan Roh Kupu-kupu yang dihormati." Limpahan Kabus Ungu menggelengkan kepalanya ketika dia ketawa. Seperti yang diharapkan dari seorang wanita muda yang murah hati. Dia berikan roh hantu kepada orang lain tanpa ragu-ragu.
Khazanah seperti roh hantu... sedangkan seorang pertapa pada tahapnya langsung tidak ada menyimpan roh hantu. Walau bagaimanapun, untuk tahapnya sekarang, roh hantu peringkat pertengahan ini tidak berguna.
"Apa yang kamu mahu lakukan?" Mahaguru Ubatan melihat ke arah Song Shuhang semasa dia bertanya.
Song Shuhang mendesah, "Sejujurnya, jika pihak lawan hanya mencari saya, saya tidak perlu risau."
Kewujudan mereka membuat Song Shuhang lebih gembira kerana ia akan memberi motivasi kepadanya untuk lebih banyak berlatih.
"Bagaimanapun, petang semalam, saya dengar yang seseorang mengupah seorang pelajar dari Bandar Kolej Jiangnan untuk mengumpul maklumat mengenai saya, kawan-kawan dan keluarga saya. Saya agak bimbang sekiranya orang-orang ini akan menggunakan apa-apa cara yang perlu terhadap saya dan menyakiti kawan-kawan dan keluarga saya."
Kekuatannya pada masa ini tidak cukup untuk melindungi kawan-kawan dan keluarganya. Itulah sebabnya Tuan Sungai Utara telah menggalakkan dia untuk tidak mendedahkan status 'pertapa'nya sebelum dia mempunyai kekuatan untuk melindungi kawan-kawan dan keluarganya.
Masalahnya, walaupun dia belum mendedahkan status 'pertapa'nya, masalah tetap datang kepadanya!
Tiba-tiba, dia rasa bersalah.
Limpahan Kabus Ungu ketawa dengan nada menyindir dan berkata, "Shuhang, bagaimana kalau saya simpan roh hantu itu untuk kamu? Kemudian, biarkan orang-orang itu datang mencari saya dan saya akan tewaskan mereka seorang demi seorang. Itu idea yang baik, bukan?"
Selepas dia bercakap, Mahaguru Ubatan menjentik dahinya dengan kuat, "Jangan cadangkan idea yang bodoh. Roh hantu ini sangat bermakna buat sahabat kita Shuhang. Selepas dia menamatkan Pertubuhan Asas dan mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pendinding, dia akan dapat mengendalikan roh hantu ini."
Dengan roh hantu ini, walaupun dia terlepas 'usia puncak untuk pertubuhan asas,' Shuhang masih mempunyai peluang untuk mengejar secara perlahan-lahan sehingga menjadi pelajar cemerlang dalam sekta. Tanpa roh hantu itu... Laluan masa depan Song Shuhang dalam pertapaan akan menjadi tiga hingga lima kali lebih sukar.
Mata Song Shuhang menjadi bersinar.
Limpahan Kabus Ungu menggosok dahinya dan meringis, "Saya hanya bergurau. Lagipun roh hantu ini tidak berguna buat saya sekarang ini."
Song Shuhang berkata dalam nada serius, "Jadi, saya mesti mencari dalang utama di sebalik ini. Kemudian, saya akan menyingkirkannya walaupun dengan apa cara yang diperlukan."
"Bagaimana jika kekuatan musuh jauh lebih hebat berbanding kamu? Bagaimana kamu akan tewaskan dia?" Mahaguru Ubatan bertanya.
Realitinya, kekuatan musuh pasti jauh lebih hebat melampaui kekuatan Shuhang.
"Selepas saya tahu di mana musuh itu berada..." Song Shuhang mencubit manik ais yang mengikat roh itu dan menyiasat, "Mahaguru Ubatan, saya ingin bertanya, jika saya meletakkan roh hantu ini sebagai pampasan, adakah Tuan akan menewaskan pihak musuh untuk saya?"
Dia sanggup menggadaikan barangan lain seperti roh hantu untuk keselamatan keluarga dan rakan-rakannya jika perlu!
Mahaguru Ubatan ketawa besar. Antara roh hantu dan keluarganya, Shuhang memilih yang terakhir. Bagi sesetengah pertapa, keputusan ini sangat bodoh. Bagaimanapun, Mahaguru Ubatan mengagumi keputusan Shuhang.
Tetapi, dia menggelengkan kepalanya, "Malangnya, saya tidak dapat membantu kamu kerana saya tidak mahir dalam pertempuran. Selain itu, musuh kamu mungkin bersembunyi dalam kegelapan. Saya tidak ada pengalaman dala menghendap atau mencari musuh tersembunyi."
Selain itu, dia tidak perlukan roh hantu.
"Tetapi... terdapat ramai pertapa lama lain dalam kumpulan yang mempunyai pengikut yang comel. Sekiranya kamu bersedia memberi roh hantu sebagai pampasan kepada mereka, saya percaya ramai pertapa lama dalam kumpulan akan datang ke sini dari jauh untuk membantu kamu menyingkirkan musuh tersembunyi ini. Saya yakin." Mahaguru Ubatan tersenyum saat dia berkata begitu.
"Kalau begitu, saya berasa lega." Song Shuhang dengan teliti menanggalkan 'manik ais pengikat roh' itu.
Sekurang-kurangnya, apabila roh hantu berada di sini, dia tidak akan menemui jalan buntu.
Dia mendapat sokongan jika mundur. Dia sudah berada dalam kedudukan yang tidak dapat dikalahkan untuk pertempuran ini.
"Sekiranya kamu tidak ada pilihan lain, saya tidak menggalakkan kamu untuk menukar roh hantu itu."
"Kenapa?" Song Shuhang yang sedang keliru itu bertanya.
"Roh hantu ini sangat penting buat kamu. Saya belum jelaskan beberapa asas pengetahuan mengenai Penubuhan Asas pertapa. Secara ringkas, kamu telah melepasi umur puncak untuk Penubuhan Asas. Dengan roh hantu ini, kamu sekurang-kurangnya dapat bersaing dengan pertapa biasa dan pergi lebih jauh dalam laluan pertapaan. Tanpa roh hantu ini, kamu mungkin sukar untuk maju lebih jauh daripada Alam Tahap Dua. Roh hantu ini laluan kamu untuk berjaya." Mahaguru Ubatan menjawab.
"Tetapi, saya tidak mempunyai pilihan lain." Song Shuhang berkata. Dia hanya seorang pelajar biasa tanpa sokongan yang kukuh di belakangnya. Selain daripada menggunakan roh hantu sebagai ganti rugi, dia tidak mempunyai harta benda lain yang dapat diberikan kepada pertapa lama dalam kumpulan itu untuk membantunya.
"Mungkin musuh kamu tidak kuat seperti yang kamu fikirkan. Sekiranya musuh berada di Alam Tahap Satu, maka mereka akan berada dalam tahap di mana kamu boleh menentang dan mereka mungkin menjadi lawan yang hebat untuk kuatkan diri kamu sendiri. Pada masa yang sama, sebelum kamu pergi mencari musuh, kamu boleh mencuba yang terbaik untuk mendapatkan pertolongan." Mahaguru Ubatan tersenyum dengan mata yang dikecilkan, "Sekali lagi, jangan tukar roh hantu itu... melainkan kamu betul-betul terdesak."
"Terima kasih, Tuan!" Song Shuhang mengangguk. Sekarang ini, dia perlu mula mencari dalang musuh yang tersembunyi. Jika tidak, segala-galanya hanya sia-sia.
Limpahan Kabus Ungu tiba-tiba ketawa, "Shuhang, saya tahu kamu seorang lelaki yang menarik. Oh ya Tuan Guru, adakah Tuan perlukan bantuan saya lagi?"
"Oh, cukup dengan menghantar relau ubat saya." Mahaguru Ubatan Master. Rambutnya bergetar seperti belukar yang ditiup angin kuat.
"Maknanya saya tak perlu buat apa-apa lagi? Kalau begitu, saya akan cuba buat sesuatu yang menyeronokkan." Limpahan Kabus Ungu ketawa sinis dan kasar kemudian menjilat bibirnya dengan gaya menggoda.
Song Shuhang berasa ketawa sinis itu sesuai dengan Limpahan Kabus Ungu itu. Apabila dia ketawa, ada daya tarikan yang jahat di sekitar dirinya. Ia seperti api marak yang menarik rama-rama untuk terbang ke arahnya walaupun mengetahui bahayanya.
Dia menekap mulutnya kerana mungkin dia merasakan dia telah banyak ketawa. Dia ketawa berdekit-dekit dan melompat keluar melalui tingkap dengan cepat. Siapa tahu apa yang dia mahu lakukan.
Mahaguru Ubatan tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Dia membawa relau pilnya dan meletakkannya di tempat yang sesuai.
"Lagi satu, saya ingin meminta panduan mengenai kaedah untuk mengenal pasti sama ada seseorang mengikuti saya dan bagaimana untuk menjadi lebih berwaspada." Song Shuhang meminta dengan bersungguh-sungguh.
Selepas pengalaman ini, dia memahami dia mempunyai terlalu banyak kekurangan. Dia menikmati kegembiraan menjadi sasaran pembunuhan, tetapi itu hanya sementara. Dia tidak suka ditikam sehingga mati semasa berbaring di atas katil.
"Ini kemahiran yang mudah dipelajari dan digunakan oleh semua pertapa setiap hari. Oh ya, tunggu sekejap." Mahaguru Ubatan mengeluarkan telefonnya dan masuk ke dalam perisian sembang. Kemudian, dia membuka Kumpulan Nombor Satu Wilayah Sembilan.
Terdapat beberapa fail aneh dalam ruang kumpulan itu.
"Pemakaian dan gambar rajah alat elektrik moden. Penyaman udara, televisyen, komputer, telefon bimbit, peti sejuk, periuk nasi... dan sebagainya."
"Petua tentang cara memahami penggunaan telefon bimbit dengan pantas..."
"Rakan Dao yang telah bermeditasi dalam pengasingan selama lebih dari lima puluh tahun dan perlu membuat ID peribadi, untuk maklumat lanjut sila hubungi *****"
"Perlu bertukar emas dan benda lain untuk nota, sila hubungi *****"
"Perkara yang perlu diberikan perhatian oleh pertapa tentang masyarakat moden: kemajuan teknologi dengan pantas, sepuluh cara bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat dengan cepat. Jangan biarkan orang biasa perasan tentang apa-apa keganjilan."
"Peraturan asas keselamatan lalu lintas. Jangan rosakkan kereta lain di jalan raya. Lampiran: gambar kereta dengan bentuk berbeza. Ps: Ini senarai pengangkutan, seperti kereta, bukan raksasa. " Maksudnya, jangan rosakkan kereta! Dan jangan melanggar kereta lain. Masih adakah pertapa lama yang menganggap kereta sebagai binatang raksasa? Song Shuhang benar-benar mahu mengetahui sama ada pertapa lama lain pernah menangkap kereta itu? Atau, 'membunuh'nya?
"Cadangan untuk memilih tempat meditasi yang terpencil dan berhati-hati, jangan biarkan tragedi Xian Gong Yang Arif berulang lagi."