Ahli sihir ketiga bernama Hummingbird. Dia kecil molek, sesuai dengan namanya. Dia lebih segan bercakap berbanding ahli sihir lain apabila ditanya Roland tentang kebolehannya. Anak gadis yang baru melalui Hari Kematangannya musim sejuk lalu bermuka comel dengan dihiasi sepasang lesung pipit, dan bersuara lembut.
Kebolehannya adalah Peringan Jisim, maknanya dia boleh meringankan berat sesebuah objek apabila dikenakan kuasa saktinya. Menurut gambaran dia, dia boleh mengurangkan berat objek itu sehingga mencapai sifar. Roland meminta dia menunjukkannya dengan cawan teh Roland dan Hummingbird berjaya membuat cawan itu terapung di udara – atau mengikut kata-katanya, beratnya hampir menyamai udara. Ya, orang-orang zaman ini masih menganggap udara tidak ada jisim.