Beberapa hari selepas majlis keraian itu, Roland menghabiskan hari demi hari dengan merancang projek pertanian besar-besaran pula.
Semasa di dalam bilik bacaan, kedengaran bunyi air menitis-nitis seolah-olah hujan turun. Tetapi sebenarnya ia bunyi ais sedang mencair. Semasa Cheng Yan bercuti di kampung setiap kali Tahun Baru dahulu, dia sering berteleku di sebelah tingkap dan memerhatikan jejarum ais perlahan-lahan menjadi semakin jernih dan cairannya menitis dari hujung jejarum itu. Sekarang Roland sudah tiada masa untuk termenung kosong lagi. Namun begitu, dia masih ralit mendengar bunyi pertukaran alam semasa sedang sibuk membuat perancangan.