Roland terperanjat, "Ada apa yang tidak kena?"
Setelah teragak-agak seketika, Phyllis berkata, "Begini… Kami dengar yang dalam tahun lepas, hanya seorang sahaja ahli sihir terbangkit di sini. Benarkah?"
Roland mengambil senarai nama yang dibuat oleh Wendy dari dalam lacinya. Dia dengan mudah mencari Hari Kebangkitan ahli sihir dan Hari Kematangan pada senarai itu yang disediakan jika dia terlupa tarikh-tarikh penting ini.
Setelah menyemak senarai tersebut, dia mengangguk dan berkata, "Ya, dua orang ahli sihir menyertai Kesatuan Ahli Sihir tahun lepas semasa Bulan Kunjungan Iblis. Seorang daripadanya ialah Paper, yang dibangkitkan tiga tahun yang lepas dan seorang lagi ialah Summer, yang dibangkitkan tahun lepas semasa Hari Kematangannya."
Phyllis mengerutkan keningnya sambil berkata, "Ini tidak betul, Tuanku. Berapa ramai penduduk Jagat Mentari tahun lepas? 20,000 atau 30,000 orang?"