Apabila malam melabuhkan tirai, Wendy menuju ke pintu bilik Scroll.
Dia menghulurkan tangannya sambil teragak-agak untuk mengetuk. Namun begitu, pada saat itu, Scroll membuka pintu biliknya.
"Saya tahu awak akan datang mencari saya." Scroll tersenyum. "Saya juga mahu berborak dengan awak, seperti dulu."
Nampaknya Scroll baru sahaja mandi kerana rambutnya yang panjang dan basah terurai di bahu dan tidak diikat. Dia juga meletakkan tuala di bahunya untuk mengelakkan jubah malamnya daripada basah. Sekali imbas, dia kelihatan lebih muda dengan rambutnya yang menutupi kedut di dahiya. Setelah menjalani kehidupan yang sangat selesa di Jagat Mentari, dia kelihatan lebih lunak.
Hanya matanya yang matang dan arif kekal tidak berubah.
Wendy hanya mampu tersenyum dan bertanya, "Di bilik awak atau saya?"
"Bilik awak. Nightingale balik lebih lambat berbanding Leaf."
"Okey."
"Awak hidangkan Minuman Huru-hara."
"Apa?!?""