Jauh di tengah kedalaman gua dengan terowong yang berselirat umpama pagar sesat itu, huru-hara yang sayup kedengaran atas kepala mereka semakin lama menjadi semakin kuat.
Pasha tahu mereka kini sedang menyerbu dalam bilangan yang tidak terkira.
Dia menjulurkan tentakelnya ke dalam bumbung batu di atas dan mencucuk-cucuk sehingga ia tembus dari permukaan tanah. Dari sana, Pasha dapat "melihat" segalanya yang berlaku di luar pergunungan itu – kerumunan makhluk iblis sedang mengganas di celah-celah lereng gunung dan semua pintu masuk ke dalam tinggalan pagar sesat itu sudah dihalang oleh Haiwan Neraka. Makhluk iblis kacukan yang merayap-rayap di belakang mereka mencarik dan mengoyak isi daging dan tulang raksasa di hadapan agar dapat memberi ruang kepada mereka – mereka tidak ada pilihan lain, kerana jika tidak, mereka sendiri akan dihenyak oleh makhluk iblis lain belakang mereka di pintu masuk gua itu.