Hasil daripada demonstrasi meriam dan senjata api itu jauh melebihi jangkaan Roland.
Keputusannya benar-benar berbaloi dengan apa yang dia perlu korbankan. Bagi pusingan letupan yang terakhir, sebenarnya dia terpaksa menggunakan 70 peratus daripada jumlah simpanan serbuk api mereka. Hasilnya adalah letupan yang menyamai ledakan periuk api pada zaman moden. Semasa askar-askar sedang sibuk membenamkan serbuk api itu tempoh hari, tiba-tiba Roland mendapat idea untuk mencampurkan serbuk aluminium bersama serbuk api itu. Sebab itulah bebola api yang tercetus daripada letupan tadi kelihatan lebih cerah dan menyilaukan mata. Apabila ia meletus keluar dari tanah tadi, terus-terang Roland sendiri rasa agak terkejut melihatnya, kerana ia kelihatan seperti matahari yang terbit keluar dari tanah.