Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 724 - Tingkat Kuasa yang Lebih Tinggi

Chapter 724 - Tingkat Kuasa yang Lebih Tinggi

Selepas demonstrasi itu selesai, Agatha membawa Phyllis untuk menemui Roland sekali lagi di istana.

Apabila mereka memasuki kamar bacaan istana itu, Phyllis melihat air muka raja itu masih tidak berubah daripada sebelum ini. Dia tidak kelihatan seperti mahu berlagak, dia tidak nampak angkuh, dia tidak nampak berpuas hati kerana sudah menunjukkan kekuasaannya di hadapan Phyllis. Kelakuannya seperti demonstrasi tadi hanya sesuatu yang sudah biasa dijalankan di negaranya.

Namun Phyllis dapat rasa tanggapannya terhadap manusia biasa yang sedang duduk di belakang meja itu menjadi semakin tinggi. Secara tidak sedar, dia mula berbicara dengan lebih hormat dan membahasakan dirinya sebagai patik di hadapan Roland. "Tuanku, jika Tuanku sudi, izinkan patik bertanya beberapa soalan sebelum patik menghubungi ahli-ahli sihir Taquila yang lain."

"Silakan." Roland mengangguk.

"Adakah senjata yang Tuanku tunjukkan tadi boleh dihasilkan dengan banyak?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS