Kalau mengikut rancangan Roland, tembakan tidak akan berhenti selepas ia dimulakan.
Untuk lima pusingan pertama, meriam-meriam itu menembak 20 ekor makhluk iblis secara bertalu-talu sehingga mereka hancur menjadi abu. Apabila meriam-meriam itu berhenti untuk pengisian peluru dan serbuk api semula, senjata api pula ditembak tanpa henti sehingga peluru mereka habis. Setelah itu, meriam pula menyambung melepaskan tembakan.