Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 716 - Berjumpa Annie Sekali Lagi

Chapter 716 - Berjumpa Annie Sekali Lagi

Selepas selesai berbincang tentang pemburuan makhluk iblis, ahli-ahli sihir itu balik semula ke bilik mereka untuk menunggu sementara makan malam dihidangkan. Sebelum Iffy bangun dari kerusinya, Roland mencapai tangan ahli sihir itu. Dia meminta ahli sihir itu duduk semula.

"Beta mahu beritahu awak sesuatu sekarang supaya awak tidak akan rasa terkejut nanti." Roland cuba bercakap selembut yang boleh. "Kalau tak silap beta, dulu awak pernah kata awak ada kawan bernama Annie sebelum awak dibawa ke Persatuan Taring Berdarah, bukan?"

"Ya... Betul, Tuanku." Iffy terkebil-kebil. Dia tidak pasti kenapa raja ini tiba-tiba membangkitkan tentang hal itu.

"Antara ahli-ahli sihir yang datang ke Graycastle dari Kerajaan Dawn, selain daripada ahli sihir Taquila yang menyamar sebagai manusia biasa itu, yang lain datang dari Kerajaan Wolfheart."

Mata Iffy terbuka luas. "Sekejap... Maksud Tuanku..."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag