Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 714 - Kehidupan Baru

Chapter 714 - Kehidupan Baru

Selepas Irene pulang dengan suaminya, Carter mendekati May lalu bertanya, "Betulkah awak mahu pergi? Kalau awak tak mahu, awak boleh duduk di rumah saja."

"Kenapa? Awak tak suka kalau saya ikut, ya?"

"Bukan! Bukan macam itu!" Carter mengangkat tangan sambil menggeleng-geleng. Semasa melawan makhluk iblis pun muka Carter tidak pernah secemas itu. "Sudah tentu saya mahu ada bersama awak sepanjang masa!"

May sudah banyak berlakon dalam cerita cinta dan air mata, tetapi dalam banyak-banyak dialog jiwang yang diucapkan oleh pelakon, tidak ada satu pun yang begitu dramatik seperti kata-kata Carter tadi. May tidak pernah berjumpa lelaki sejiwang Carter. Dia memandang suaminya dan bertanya lagi, "Awak mahu ikut siapa? Saya atau Raja Roland?"

"Itu..." Muka Carter semakin pucat. Dia tidak pernah terfikir dia akan terpaksa memilih antara cinta dan tanggungjawab.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS