Tidak lama selepas May meninggalkan dataran pekan itu, dia terdengar bunyi orang berlari di belakang dia.
"Puan Lannis! Tunggu, Puan Lannis!"
Selepas beberapa ketika baru May menyedari suara itu sedang memanggil dia. Apabila dia menoleh, dia lihat seorang anak gadis berusia antara 17 ke 18 tahun berlari ke arah dia.
Rambut anak gadis itu bertocang dua dan kedua-dua pipinya merah padam kerana dibadai angin sejuk, tetapi baju kapasnya yang tebal serta kasut but kulitnya juga nampak baru dan bermutu tinggi. Jika May melihat dia dua tahun lepas, May tentu akan menganggap dia anak orang kaya atau orang bangsawan. Tetapi sekarang sudah semakin ramai penduduk bandar ini yang mampu membeli pakaian baru, jadi dia sudah tidak boleh mengandaikan kedudukan seseorang berdasarkan pakaian lagi.