Semasa mengkaji ciptaan meriam ini, Roland telah mempertimbangkan banyak pelan lain yang boleh digunakan.
Pepatah mengatakan tiada rotan, akar pun berguna. Walaupun dia tidak ada kelebihan senjata moden buat masa ini, Roland masih mampu mencipta senjata yang paling sesuai untuk zaman itu. Selepas mengambil kira kebolehan lawan, persekitaran medan tempur dan kemampuan penghasilan Kota Jagat Mentari, akhirnya dia memutuskan untuk menggunakan senjata mortar bagi menggantikan meriam tempur yang sudah dianggap kolot baginya. Senjata mortar boleh digunakan dalam pertarungan jarak dekat dan jauh; kos penghasilannya juga lebih rendah lagi.
Ia boleh menembak dalam julat antara 200 ke 3,000 meter. Ia boleh mencakupi kawasan lapang antara mesingan dan Meriam Longsong semasa di medan perang dan pada masa yang sama, mengukuhkan kuasa tembakan bagi serangan jarak pendek.