Seseorang yang Mustahil untuk Ditemui
No. 76 dapat melihat sebuah tembok batu merah yang tersergam dalam hutan bersalji apabila mereka melepasi laluan gunung yang dijaga beberapa orang pengawal.
Apabila melihat begitu banyak pos kawalan yang berada sepanjang laluan itu, No. 76 pasti dia tidak akan dibenarkan masuk ke kawasan terlarang seperti ini jika dia bertindak seorang diri. Ahli Sihir Berida akhirnya dilayan dengan cara yang sesuai dengan pangkat mereka. Sekurang-kurangnya, pengawal yang ramai boleh menjaga keselamatan ahli-ahli sihir yang baru mengalami Kebangkitan Utama itu.
Tetapi dia masih tidak faham kenapa seorang ahli sihir yang berbakat mahu membina rumahnya di Rabung Gunung Cerun Utara.