"Scroll" habis menanda kertas jawapan Maggie dalam masa yang sangat singkat. Selepas itu dia menutup kertas jawapan itu dan menulis markah "17" besar-besar di muka hadapan buku jawapan itu lalu membulatkannya.
Beza sebanyak 100 markah daripada yang dikatakan Maggie.
"Sekejap. Jadi masalahnya ialah Maggie?" Nana pun nampak keliru.
"Jadi itu markah sebenar Maggie?" Suara Mystery Moon kedengaran kecewa. "Saya ingatkan Maggie merasuah Cikgu Scroll dengan daging panggang atau... Aduh!"
Lily menyepak belakang kepala Mystery Moon. "Diamlah!"
"Kita mahu sambung tengok lagikah?" Summer bertanya perlahan. "Kita patut keluar secepat mungkin sebelum ada sesiapa nampak kita."
"Nanti dulu," kata Candle. "Mungkin ada sesuatu terjadi semasa Cikgu Scroll mahu mencatatkan markah."