Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 663 - Mercu Tanda

Chapter 663 - Mercu Tanda

"Selain itu, beta juga merancang mahu membina sebuah mercu tanda di dalam Kota Jagat Mentari," Roland menambah.

Karl terkebil-kebil. "Mercu tanda? Maksud Tuanku, sebuah seni bina yang menarik perhatian dan menjadi lambang tertentu sesebuah tempat? Seperti sebuah tugu atau menara jam?"

"Ya, tepat sekali." Tidak hairanlah Karl dahulu dikenali sebagai tokoh ternama dalam Persatuan Tukang Batu Bandar Diraja Graycastle. Dia begitu cepat dapat meneka maksud sebuah istilah moden serta tujuan ia dibina. Mula-mula Roland mengangguk, tetapi kemudian dia menggeleng seraya berkata, "Tapi beta bukan mahu bina mercu tanda yang tidak berguna."

Selepas pertempuran dengan Gereja Inggeris, Angkatan Tentera Pertama menderitai jumlah korban yang besar. Walaupun Kapak Besi melaporkan bala tentera mereka masih belum putus semangat, tetapi jumlah korban itu membawa duka yang tidak terhingga kepada keluarga mereka.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag