Roland menuang secawan teh untuk dirinya dan memandang Nightingale. "Awak mahu?"
"Boleh juga. Terima kasih."
Nightingale sedang berbaring atas kerusi malas sambil membaca pementasan baru yang ditulis oleh May. Dia memegang lembaran kertas-kertas itu dalam satu tangan, sementara sebelah tangan lagi terselit kepingan ikan kering yang dia sedang kunyah.
Setelah Anna bercakap dengan dia, dia menghilangkan diri selama dua hari. Apabila dia kembali, raut wajahnya nampak lebih lega, lebih tenang dan bersahaja, seperti kebiasaannya. Sejak dia balik, Roland tersedar dia asyik tersenyum kepada Roland dan kadang-kadang curi-curi memandang raja itu dengan penuh minat.
Lihat sajalah apa dia sedang lakukan sekarang.