Tak guna!
Yorko tidak tahu apa yang terjadi di luar sana tetapi itu tentu bukan petanda baik.
Acara Lelongan Kumpulan Wang Hitam sepatutnya acara lelongan biasa, dianjurkan kumpulan yang berpengaruh, dengan jemputan istimewa bagi golongan kaya-raya, cuma barang lelongannya sahaja tidak semestinya sah di sisi undang-undang. Yorko menyumpah-nyumpah Otto dalam hati. 'Tak guna! Mula-mula dia salah anggar harga bidaan Amy. Sekarang ada orang mahu serang saya pula. Kalau saya tahu semua ini akan terjadi, mati kerat empat pun saya tidak akan bersetuju!'
Yorko memandang ke kiri dan ke kanan untuk mencari sesuatu bagi mempertahankan dirinya sendiri. Tetapi bilik itu tidak ada apa-apapun yang boleh dijadikan senjata, hanya satu dua peralatan untuk menyeksa ahli sihir itu.
Sekonyong-konyong pintu bilik tidur Yorko dirempuh sehingga tumbang.
Yorko terus terduduk dan melutut. "Jangan bunuh saya! Kasihanilah saya! Saya akan beri apa saja awak mahu!"