Apabila mereka keluar meninggalkan gua batu kapur itu, No. 76 memimpin tangan Yorko dan mereka berjalan dalam satu garisan lurus.
Yorko tidak dapat melihat tanah pun, tetapi pembantunya tidak memperlahankan langkahnya langsung. Tambahan lagi, Yorko dapat rasa wanita itu tidak selemah yang dilihat. Tangannya berkerutu halus, tidak padan dengan tubuhnya yang nampak langsing dan terjaga. Selain melayan para tetamu acara lelongan, mungkin dia ditugaskan sebagai pengawal peribadi atau sebagai perlindungan untuk acara lelongan rahsia seperti ini. Kalau orang seperti ini boleh dibeli daripada Kumpulan Wang Hitam, itu agak bagus juga, kerana memang tidak mudah mahu mencari seseorang seperti No. 76.