Setelah mendengar penjelasan tentang Pertempuran Jiwa daripada Isabella, Nightingale mula rasa lemah semangat. "Adakah ini bermaksud awak juga tidak tahu bagaimana mahu membangunkan Baginda Tuanku daripada koma?"
Dia menggeleng. "Ini tidak pernah terjadi sebelum ini dan saya juga tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengannya… Tetapi Zero juga kebingungan buat sementara waktu semasa dia membaham Garcia. Pada masa itu, dia menerangkan yang dia telah menjumpai beberapa perkara menarik di dalam memori Garcia dan juga mengambil masa yang agak lama. Hidup Zero lebih rumit berbanding dengan orang lain, jadi jika Roland mahu menerima bahagian ini daripada memori Zero, ini mungkin akan mengambil lebih banyak masa. Tetapi selagi dia masih hidup, dia pasti akan bangun dengan sendirinya."