Di Menara Babel Katedral Hermes.
Derap tapak kaki seorang pengawal yang berlari cemas memecah kesunyian dan ketenangan dewan besar itu. Tayfun nampaknya terganggu dengan ini. Dia berhenti menikmati sarapannya dan melihat pengawal yang sedang termengah-mengah itu. "Ada masalah?"
"Yang Amat Berhormat, ada sesuatu terjadi di Rabung Bayu Dingin." Pengawal itu mendekati Tayfun dan berbisik ke dalam telinganya. "Saya dapat berita Tuan Soli Daal cedera parah di sana." Pengawal itu terus menyampaikan maklumat selebihnya kepada Tayfun.
"Apa!" Tayfun tidak percaya dengan apa yang dia dengar. "Jadi angkatan awal kita hilang lebih separuh askar dan Soli pula banyak kehilangan darah?" Biskop tua itu mencekak leher pengawal malang tadi dan menjerit lagi, "Mana dia sekarang?"
"Dia... Dia sedang dirawat."
"Perajurit Agama Tentera Tuhan pula?"