Sekembalinya mereka ke istana, Roland bertanya Agatha, "Awak ada ingat balik apa-apa?"
"Hmm. Kemungkinan besar, uji kaji Perajurit Agama Tentera Tuhan hanya berjaya selepas kejatuhan Taquila. Saya pun tidak berapa memahaminya," jawab Agatha sambil menggeleng. "Tetapi... yang pasti, ia tidak semudah yang dikatakan paderi itu. Contohnya, bagaimana paus yang baru dilantik dapat mengambil alih kawalan Perajurit Agama Tentera Tuhan daripada paus sebelumnya?"
"Satu lagi, kenapa Perajurit Agama Tentera Tuhan yang terlepas akan lari ke Tanah Orang Gasar?" sambung Agatha lagi. "Tanah Orang Gasar pada zaman ini adalah Dataran Subur 400 tahun lalu. Sekarang tidak ada apa-apa pun di sana kecuali tinggalan kota suci itu dulu. Mustahil pula kalau kita mahu kata ada iblis di sana yang mengumpan Perajurit pergi ke tempat itu."