Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 611 - Terlindung

Chapter 611 - Terlindung

Danny membidik dan menembak tanpa henti, satu demi satu sehingga pelurunya habis. Dua lagi pemegang perisai tersungkur. Danny tidak akan membazirkan pelurunya ke atas Perajurit Agama. Mereka memang nampak gagah tetapi baju zirah mereka cukup nipis dan tidak akan bertahan dengan serangan senapang batu. Kapak Besi pernah berkata, Perajurit Agama Tentera Tuhan adalah musuh yang jauh lebih berbahaya kerana seorang sahaja boleh menumpaskan 10 kesateria biasa, namun begitu jumlah Perajurit Agama Tentera Tuhan pula sangat sedikit kerana mereka sukar dilatih. Jadi jika Danny dapat bunuh seorang Perajurit Agama Tentera Tuhan pun, itu jauh lebih berbaloi daripada 10 Perajurit Agama biasa.

Salah satu sebab dia menyampah dengan pasukan mesingan pula adalah kerana dia merasa mereka sangat angkuh; mereka gunakan peluru yang sama namun mereka tidak menembak dengan cekap dan bidikan mereka juga sering tersasar. 

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS