Edith sudah menunggu di dalam dewan semasa Duke Calvin berjalan masuk ke Istana Jadeforest.
"Anakku…"
Dia memotong cakap ayahnya tanpa rasa bersalah. "Kenapa ayah sampai lambat? Saya telah menulis surat kepada ayah sebulan yang lalu, meminta ayah untuk bekerjasama dengan Angkatan Tentera Pertama dalam pengumpulan dan persediaan untuk berperang. Kita perlu memenuhi semua keperluan mereka sebolehnya."
"Ya, ayah terus memberitahu Earl Haier di Pekan Lembah Dalam dan menghantar pembantu kita untuk memerhati perkara ini. Tidak cukupkah?" Duke itu berkata dengan tangannya terdepang di udara.
"Sudah tentu," Edith memeluk tubuh dan tidak bersetuju dengan ayahnya, "Keikhlasan dapat ditonjolkan jika ayah sendiri yang datang. Lagipun, peperangan menentang pihak gereja sangat penting. Kita tidak boleh bermain-main lagi."
"Tetapi, ini daerah Earl Haier…"