Menjelang tengah hari, Roland bersedia untuk memulakan perjalanan ke gunung berpuncak salji itu.
Antara peralatan yang dia bawa adalah sebuah khemah, bekalan makanan yang mencukupi, serta sebuah kapal kayuh stim konkrit. Memandangkan Pekan Iblis terletak di tepi pantai, dia perlu memulakan perjalanan dari Pantai Cetek. Seperti biasa, Hummingbird bertanggungjawab untuk mengangkut barangan ini.
Roland akui kadang-kadang dia rasa takjub apabila melihat Hummingbird yang berbadan kecil molek seperti Nana boleh mengangkut sebuah kapal batu di atas kepalanya. Dia membuat Roland teringat kepada gambar seekor semut yang boleh mengangkat cebisan makanan yang sebesar 10 kali ganda daripada saiz badannya sendiri. Kalau Hummingbird terlindung oleh tembok kota atau hutan tebal semasa mengangkut kapal itu, tentu kapal itu nampak seperti sedang terawang-awang di udara seperti kapal hantu.