Ashes terkebil-kebil. "Apa? Saya tak pernah terfikir mahu tinggalkan awak."
"Bukan. Bukan itu maksud saya. Tapi awak tengoklah, tempat ini sangat selesa untuk didiami, bukan? Awak pun suka," jelas Tilly apabila melihat Ashes salah faham dengan soalannya.
Selepas terdiam seketika, Ashes mengangguk lalu menjawab, "Persatuan Kerjasama Ahli Sihir dulu ada sebab untuk duduk sini dan membantu Raja Roland. Tapi kita lain. Kita sudah ada kediaman kita sendiri dan..."
"Peperangan ini hanya ada tiga kesudahan saja," Tilly memotong cakap Ashes. "Pertama, kita akan ditumpaskan Perajurit Agama Tentera Tuhan atau mati semasa pertempuran kemuncak di Rantau Utara nanti. Pada masa itu, sama ada Pulau Beradu atau Kota Jagat Mentari pun tidak akan berguna kepada kita."