'Tak sangka. Tapi bagus juga,' fikir Roland dalam hati.
Roland tidak menduga Tilly sendiri akan datang ke sini dan bukan hanya menghantar beberapa orang ahli sihir tempur untuk membantu Roland. Ini bermaksud dia sudah menyelesaikan masalah di Pulau Beradu, ataupun dia sudah tidak perlu risaukan keamanan di pulau itu buat masa ini.
Satu hari selepas menerima surat itu, Roland, Anna serta beberapa ahli sihir lain menanti ketibaan Tilly di Pantai Cetek.
Roland memerhatikan kesan-kesan pengubahsuaian manusia di pantai berpasir dan berlumpur itu selama separuh bulan.