Sebuah pasukan peninjau dibentuk sebaik sahaja mereka mengesahkan tidak ada iblis yang masih wujud dalam pekan itu.
Bagi menyiasat punca kehilangan Kabus Merah, Maggie mengetuai pasukan peninjau itu ke dalam Pekan Iblis sambil membawa Agatha dalam cengkaman kukunya. Sementara itu, Soraya dan Summer mengambil jalan darat dengan diiringi 50 askar Angkatan Tentera Pertama.
"Kita sudah hampir tiba! Bersedia untuk mendarat!" laung Lightning yang sedang terbang di hadapan Maggie.
"Shrikkk!"
Agatha cuba menjenguk ke hadapan dan perlahan-lahan Pantai Batu-Batan mula muncul di pandangannya. Seperti yang dikatakan Lightning, Kabus Merah memang sudah lenyap sepenuhnya dan kini menampakkan tanah perang gelap di pekan terkutuk itu. Berbeza daripada hutan yang hijau merimbun di sekelilingnya, kawasan Pekan Iblis itu kering-kontang dan tidak ada sebatang pokok pun.
Ini kali pertama Agatha menjejakkan kaki di penempatan iblis.