Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 577 - Penyembelihan Beramai-ramai dalam Diam

Chapter 577 - Penyembelihan Beramai-ramai dalam Diam

"Patik ingat lagi, sebulan lepas patik sudah suruh Tuanku tutup jalan ke Kerajaan Wolfheart secepat mungkin. Kenapa masih ada begitu ramai pelarian berduyun-duyun masuk?" kata ahli sihir berselendang hitam itu sambil mengecilkan matanya. "Kesateria Tuanku juga patutnya sudah lama sampai ke sempadan."

"Awak pun tahu, jumlah pelarian terlalu ramai!" bentak Appen sambil menggenggam penumbuk. "Kalau mereka dihalang masuk ke sini, ramai akan mati kebuluran. Tak ada bandar lain berdekatan sini dan tak ada tempat yang ada makanan. Kalau mereka mahu patah balik ke Pekan Ceruk pun, mereka akan ambil masa seminggu dan mereka..."

"Kenapa itu jadi masalah Tuanku pula?" Ahli sihir berselendang hitam itu menyampuk tidak sabar. "Kalau mereka mati sebab lapar atau sebab dahaga atau sakit sekalipun, mereka sendiri yang salah. Mereka yang mengabaikan kerajaan mereka sendiri. Sekarang baik Tuanku risaukan ayahanda Tuanku saja. Atau Tuanku mahu mungkir janji dengan kami?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS