Musim panas bermula dengan hujan yang sangat lebat.
Air hujan terpercik di tingkap, membuatkan pandangan luar menjadi kabur. Seseorang hanya boleh membezakan antara bandar dan gunung melalui siluet warnanya.
Berdiri di hadapan tetingkap dan melihat pemandangan yang dikaburi hujan, Roland masih dapat mendengar nyanyian "Kota Cinta" bergema di telinganya.
Dia tidak menyangka jika digabungkan dengan keupayaan Echo, persembahan drama pertama yang dipentaskan tiga hari lalu akan memberi impak yang sangat hebat.
Seluruh kawasan menjadi senyap sunyi sebaik sahaja persembahan tersebut habis. Penonton sangat terharu sehinggakan mata mereka digenangi air mara. Roland berfikir yang perkara ini hanya boleh dilihat di rumah opera berkelas tinggi dari dunia yang didiaminya. Sedangkan penonton di dalam panggung wayang yang menyasarkan orang ramai pada zamannya juga sukar untuk terharu, apatah lagi orang biasa yang hidup di zaman mundur seperti ini.