Sebaik sahaja Siung Ular dan Cakar Harimau tiba di dataran, orang ramai sudahpun berkumpul di sana. Siung Ular belum pernah melihat orang seramai ini berkumpul di satu tempat, walaupun semasa Kubu Longsong mengagihkan bantuan gandum.
Dia mengira secara kasar dan menganggarkan terdapat lebih 5,000 orang telah datang untuk menonton pementasan tersebut.
Dataran yang dahulunya rata telah bertukar menjadi tanah yang luas dan berbentuk seperti mangkuk yang dipanggil sebagai amfiteater. Mengikut apa yang dikatakan oleh rakyat tempatan, ini merupakan kali ketiga dataran ini diubah suai. Secara amnya, sebuah projek besar selalunya akan mengambil masa setahun dua untuk disiapkan, tetapi amfiteater ini dibina hanya dalam masa dua minggu dan semasa tempoh itu, tiada siapa yang nampak bila tanah ini digali.