Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 571 - Duke dan Ayah

Chapter 571 - Duke dan Ayah

"Edith, anak tidak berguna!" Calvin, Duke Rantau Utara menggenggam cawan teh di atas meja, mahu menghempasnya di lantai tetapi tiba-tiba dia menghentikan tangannya di udara. Dia berasa teragak-agak kerana cawan itu diperbuat daripada gelas kristal yang berkualiti tinggi dan bernilai dua atau tiga keping emas.

Setelah berfikir, dia menurunkan tangannya dan meletakkan kembali cawan tersebut ke atas meja.

Perlu memikirkan tentang untung dan rugi yang kecil membuatkannya semakin bertambah murung.

Surat Edith juga diletakkan di atas meja. Dia tidak percaya apa yang dibaca olehnya. Sungguh diluar jangkaan yang Yang Teramat Mulia mahu meminta kembali kuasa golongan bangsawan dan anak perempuannya yang selalu mendatangkan keuntungan telah bersetuju dengan baginda tanpa teragak-agak. Selain itu, di dalam surat tersebut, dia bahkan memujuknya untuk menerima hakikat dan berhenti berdegil.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS