Sekembalinya Otto Luoxi ke rumah, dia terus mengunci dirinya di dalam bilik bacaan.
Dia tidak faham bagaimana keadaan boleh jadi begini.
Sejak Raja Deegan Moya jatuh gering, Appen nampak seperti sangat terpukul dengan kejadian yang menimpa ayahandanya itu dan baru-baru ini sahaja dia nampak seperti cukup kuat untuk mengambil alih tugas pentadbiran daripada ayahandanya. Namun cara dia berkata-kata dan pembawaan dirinya nampak seperti sudah agak berubah.
Lebih tepat lagi, Otto rasa seperti dia sudah tidak kenal Appen Moya yang sekarang.