Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 565 - Penangguhan

Chapter 565 - Penangguhan

Majlis sambutan tetamu dimulakan selepas matahari terbenam.

Kunjungan rombongan utusan itu disambut di balai penghadapan istana oleh Appen Moya, anak lelaki sulung Raja Dawn, Raja Deegan Moya.

Ini kali pertama Yorko menyertai keraian mewah seperti ini.

Seluruh balai penghadapan itu disinari cahaya obor dan lampu minyak tanah sehingga terang-benderang seperti hari siang. Jamung-jamung yang tergantung di dinding berselang-seli dengan tingkap yang terbuka luas, membenarkan udara segar masuk dan mengelakkan dewan itu daripada rasa terkepam.

Meja-meja panjang diselaputi kain putih yang padat dengan macam-macam bentuk pinggan dan cawan kaca. Ada wain merah yang berkilauan umpama batu delima bawah cahaya lilin. Dewan itu turut dihias sarat dengan cermin perak dan hiasan emas, dan nampak hampir sama mewah dengan Istana Diraja Kerajaan Graycastle.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS