Laut Gelora, Kepulauan Negeri Tasik Utara.
Kabus bergulung-gulung atas permukaan laut dan membuatkan anak-anak kapal terasa seolah-olah sedang belayar menembusi awan. Tidak lama selepas mereka meninggalkan Pulau Ombak Salju, ia terus hilang dari pandangan dan mereka hanya dapat melihat kabus putih yang luas terbentang. Jika mereka bukan baru melihatnya tadi, mereka tentu akan menyangka pulau itu tidak wujud langsung. Hanya bunyi deburan air laut yang dibelah haluan badan kapal yang memberitahu Margaret mereka sedang mara ke hadapan, kerana dia sudah tidak tahu di mana mereka berada lagi.
Kelasi mempercayai kabus setebal ini membawa nasib malang. Kalau ada kapten kapal yang ada hati mengarahkan mereka untuk belayar dalam cuaca sebegini, mereka akan mengikat kapten itu dan mencampakkan dia ke dalam laut.