"Hadiah?" Tanya Roland sambil mengangkat keningnya. "Apakah hadiah itu?"
"Keluarga Hawes dan Keluarga Lista dari Rantau Utara… Tuanku, kedua-dua keluarga ini bukan sahaja tidak mematuhi arahan Tuanku, tetapi mereka juga berkomplot dengan golongan bangsawan yang lain untuk membuat bantahan. Ayahanda patik telah mengetahui agenda mereka dan menghukum kedua-dua keluarga." Cole bercakap dengan penuh penyesalan, "Namun begitu, patik tidak menyangka yang Tuanku akan pulang ke Rantau Barat begitu cepat. Oleh kerana kecuaian patik, kepala mereka yang sepatutnya dijadikan bahan bukti telah rosak di pertengahan jalan."
"Sekejap, ayahanda awak terus mengarahkan mereka dihukum?"
"Uh," Dia menoleh ke pembantunya dan berkata, "Ya."