Jadi inilah Pekan Sempadan…bukan, Bandar Jagat Mentari?
Edith berasa sangat terkejut, melihatkan pemandangan yang sibuk dan tersusun di hadapannya setelah berjalan turun dari laluan tangga. Dia mempunyai banyak sangkaan sebelum ketibaannya, tetapi mendapati yang dia memandang rendah pada bandar ini. Pelabuhannya tiga kali ganda lebih besar berbanding Bandar Diraja. Satu sisi dok dipenuhi dengan kapal layar dan kapal konkrit, sibuk menurunkan kargo. Galian dan arang terkumpul di limbungan.